Sistem Kejara
Sistem Kejara ialah sistem yang memberi mata demerit kepada pemandu yang melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sistem Kejara merupakan singkatan daripada Kesalahan Ekoran Jalan Raya, yang bermaksud kesalahan lalu lintas dalam Bahasa Melayu.
Jenis Kesalahan | Mata demerit untuk kenderaan peribadi | Mata demerit untuk kenderaan barang dan bas |
---|---|---|
Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa | 10 | 10 |
Menjaga sesuatu kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah | 10 | 10 |
Memandu atau menjaga sesuatu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan | 10 | 10 |
Tidak mengadakan spesimen nafas apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis | 10 | 10 |
Tidak mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas atau spesimen darah atau air kencing bagi ujian makmal apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis | 10 | 10 |
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang boleh mendatangkan bahaya atau berkemungkinan menyebabkan bahaya | - | 10 |
Membawa kenderaan barangan yang membawa muatan yang menjulur melebihi bahagian belakang, hadapan atau tepi kenderaan barangan tanpa kebenaran terdahulu Ketua Pengarah | - | 10 |
Memandu kenderaan barangan dengan muatan yang terjatuh atau dengan tumpahan daripada kenderaan barangan | - | 10 |
Memandu kenderaan barangan yang tidak sesuai yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan bahaya | - | 10 |
Tidak mematuhi atau mengabaikan arahan pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalulintas dalam mengawal selia lalu lintas semasa memandu atau mendorongi pemandu | 4 | 6 |
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan: (a) isyarat merah | 4 | 6 |
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan: (b) isyarat berhenti pada simpang jalan | 4 | 6 |
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan: (c) isyarat had laju (i) melebihi 40 km sejam | 4 | 6 |
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan: (c) isyarat had laju (ii) melebihi 25 km ke 40 km sejam | 3 | 5 |
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan: (c) isyarat had laju (iii) melebihi 1 km ke 25 km sejam | 2 | 4 |
Tidak mematuhi isyarat merah | 4 | 6 |
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan sperti yang berikut (a) melebihi 40 km sejam | 4 | 6 |
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan sperti yang berikut (b) melebihi 25 km ke 40 km sejam | 3 | 5 |
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan sperti yang berikut (c) melebihi 1 km ke 25 km sejam | 2 | 4 |
Memotong kenderaan di garisan berterusan | 4 | 6 |
Memandu kenderaan barangan denganmelebihi had berat maksimum dengan muatan yang dibebarkan | - | 6 |
Membawa orang dalam kenderaan perkhidmatan awam melebihi bilangan orang yang ditetapkan dalam apa-apa lesen yang sah atau perakuan kenderaan awam | - | 6 |
Memotong kenderaan motor di sebelah kiri | 4 | 6 |
Memandu, menunda, menolak, meletak atau meninggalkan tanpa berjaga kenderaan dilorong kecemasan | 4 | 6 |
Tidak memberi laluan kepada kenderaan yang mempunyai keutamaan berbanding dengan lalu lintas lain | 3 | 5 |
Menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa kelengkapan komunikasi lain dengan tidak menggunakan alat bebas tangan semasa memandu | 3 | 5 |
Memandu kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan | - | 4 |
Memandu kenderaan motor tanpa memakai tali pinggang keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan tali pinggang keledar itu | 3 | 3 |
Memandu motosikal tanpa mamakai topi keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan topi keledar itu | 2 | 2 |
Pemandu yang melanggar peraturan-peraturan lalu lintas akan dikenakan mata demerit mengikut kesalahan yang dilakukan:
Peringkat | Tindakan: Lesen Memandu Kompeten (CDL) | Tindakan: Lesen Memandu Percubaan (PDL) |
---|---|---|
20 mata pertama | Amaran | Batal |
20 mata kedua | Lesen digantung 6 – 8 Bulan | - |
20 mata ketiga | Lesen digantung 8 -10 bulan | - |
20 mata keempat | Lesen digantung 10 – 12 bulan | - |