Sistem Kejara

Sistem Kejara ialah sistem yang memberi mata demerit kepada pemandu yang melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sistem Kejara merupakan singkatan daripada Kesalahan Ekoran Jalan Raya, yang bermaksud kesalahan lalu lintas dalam Bahasa Melayu.

Jenis KesalahanMata demerit untuk kenderaan peribadiMata demerit untuk kenderaan barang dan bas
Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa1010
Menjaga sesuatu kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah1010
Memandu atau menjaga sesuatu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan1010
Tidak mengadakan spesimen nafas apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis1010
Tidak mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas atau spesimen darah atau air kencing bagi ujian makmal apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis1010
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang boleh mendatangkan bahaya atau berkemungkinan menyebabkan bahaya-10
Membawa kenderaan barangan yang membawa muatan yang menjulur melebihi bahagian belakang, hadapan atau tepi kenderaan barangan tanpa kebenaran terdahulu Ketua Pengarah-10
Memandu kenderaan barangan dengan muatan yang terjatuh atau dengan tumpahan daripada kenderaan barangan-10
Memandu kenderaan barangan yang tidak sesuai yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan bahaya-10
Tidak mematuhi atau mengabaikan arahan pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalulintas dalam mengawal selia lalu lintas semasa memandu atau mendorongi pemandu46
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan:
(a) isyarat merah
46
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan:
(b) isyarat berhenti pada simpang jalan
46
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan:
(c) isyarat had laju
(i) melebihi 40 km sejam
46
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan:
(c) isyarat had laju
(ii) melebihi 25 km ke 40 km sejam
35
Tidak mematuhi atau mengabaikan petunjuk yang diberi oleh isyarat lalu lintas yang berikut semasa memandu atau mendorongi kenderaan:
(c) isyarat had laju
(iii) melebihi 1 km ke 25 km sejam
24
Tidak mematuhi isyarat merah46
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan sperti yang berikut
(a) melebihi 40 km sejam
46
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan sperti yang berikut
(b) melebihi 25 km ke 40 km sejam
35
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan sperti yang berikut
(c) melebihi 1 km ke 25 km sejam
24
Memotong kenderaan di garisan berterusan46
Memandu kenderaan barangan denganmelebihi had berat maksimum dengan muatan yang dibebarkan-6
Membawa orang dalam kenderaan perkhidmatan awam melebihi bilangan orang yang ditetapkan dalam apa-apa lesen yang sah atau perakuan kenderaan awam-6
Memotong kenderaan motor di sebelah kiri46
Memandu, menunda, menolak, meletak atau meninggalkan tanpa berjaga kenderaan dilorong kecemasan46
Tidak memberi laluan kepada kenderaan yang mempunyai keutamaan berbanding dengan lalu lintas lain35
Menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa kelengkapan komunikasi lain dengan tidak menggunakan alat bebas tangan semasa memandu35
Memandu kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan-4
Memandu kenderaan motor tanpa memakai tali pinggang keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan tali pinggang keledar itu33
Memandu motosikal tanpa mamakai topi keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan topi keledar itu22

Pemandu yang melanggar peraturan-peraturan lalu lintas akan dikenakan mata demerit mengikut kesalahan yang dilakukan:

PeringkatTindakan: Lesen Memandu Kompeten (CDL)Tindakan: Lesen Memandu Percubaan (PDL)
20 mata pertamaAmaranBatal
20 mata keduaLesen digantung 6 – 8 Bulan-
20 mata ketigaLesen digantung 8 -10 bulan-
20 mata keempatLesen digantung 10 – 12 bulan-